21.3.2025 Taklimat MAP di SKM Wilayah Persekutuan, Jln Semantan KL

Alhamdulillah, Pengerusi Jkuasa Penaja MATTAC Datin Norhanizah Ahmad bersama 2 org Jkuasa telah hadir di SKM Wilayah pada 21 Mac 2025, jam 10 pagi di Pejabat SKM Wilayah Persekutuan, Jalan Semantan Kuala Lumpur, untuk mendengar taklimat daripada En Mustaqim , Pegawai Penyelia SKM Wilayah Persekutuan mengenai persiapan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP). Ini berikutan penerimaan Surat Kebenaran Rujukan: SKM.WP:6/60-4 JLD.8(35) Tarikh: 17 Mac 2025 untuk MATTAC mengadakan MAP dalam tempoh terdekat.

Memandangkan tarikh MAP perlu diadakan dalam tempoh 30 hari dari Tarikh Surat Kebenaran, MATTAC telah menyerahkan Surat Permohonan Penangguhan MAP sehingga 15 Mei 2025 disebabkan terdapat beberapa Anggota Penaja yang berada diluar negara menjalani ibadah umrah dan urusan lain yang telah dirancang lebih awal. Dan juga bulan Syawal adalah bulan yang agak sibuk dengan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri.

Pada dasarnya SKM tidak ada halangan untuk MATTAC menangguhkan MAP ke satu tarikh pada awal bulan Mei 2025. Tarikh MAP MATTAC ini akan ditetapkan dalam masa terdekat oleh JKuasa Penaja. Untuk memudahkan urusan MAP, MATTAC juga memohon untuk menjalankan dalam mod Hybrid bagi membolehkan Anggota Penaja dari Sabah & Sarawak dan Anggota Penaja di luar kawasan dapat hadir melalui sesi “online Google Meet”.