
KOPERASI KHAZANAH SENI BUDAYA DAN PELANCONGAN MALAYSIA BERHAD – MATTAC telah diberi kebenaran untuk mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan oleh SKM. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh 28 Anggota Penaja MATTAC di Bilik Perbincangan 1, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.
Agenda Mesyuarat :
(a) Perlantikan Pengerusi Mesyuarat.
(b) Persetujuan menubuhkan koperasi
(c) Penerimaan Undang-undang Kecil
(d) Permohonan bagi didaftarkan sebagai Koperasi
(e) Membentang dan Meluluskan Anggaran Belanjawan koperasi
(f) Perlantikan Anggota Lembaga Dan Memberi Kuasa bagi Menandatangani
Permohonan Pendaftaran.
(g) Meluluskan Elaun yang diberikan kepada Anggota Lembaga.
(h) Meluluskan Pelantikan Panel Juruaudit Luar
(i) Menimbang dan Meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan.
(j) Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi

